Tinggal kenangan....terasa amat pilu bila ketiadaan nya. Kehilangan nya amat terasa......
Ayahanda Hj. Achil b. Ali Hussin telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 15 Safar 1431 bersamaan
31-01-2010 (1935 - 2010). Segala jasa dan pengorbanan ayahanda tidak akan kami lupakan sehingga ke akhir hayat dan dikau sentiasa dalam ingatan dan doa kami sekeluarga........... AL-FATIHAH.
Khamis, 11 Februari 2010
Jumaat, 13 November 2009
GEMPAK: Johan Pertandingan Kurangkan Berat Badan
Juara Tengah Ambik Hadiah
Fuhh......tak sangka usaha rakan2 yg cuba mempengaruhi aku untuk gagal dlm pertandingan ni berjaya aku atasi. Pelbagai cara dijalankan termasuk buat jamuan suka2 (makan free le tu.....) namun aku punya strategi tetap berjaya. Dgn banga nya aku menerima hadiah yg simple ni (ingat dpt Wish..ha..ha..) tapi ianya memberi seribu makna. Cikgu Din dapat gak hadiah, setelah dibuat timbangan semula disebabkan terlalu ramai yg mempunyai berat yg sama. Shamsol Kahar hg jgn sedih walaupn tewas, hg dah ringan sangat sbb tu tak leh menang. Tahniah juga buat rakan2 yg lain....teruskan maintain...... Bukan senang woo.... nak tahan godaan makan, hari kedua lepas timbang awal2 tu kawan2 dah goda dgn jamu pulut kuning sama kari ayam.....bah....semua hantam makan...ha..ha....lepas tu jamuan kelas pulak, jamuan suka2 tiap hari jumaat buat....hari ni x sbb masing2 sibok ngan exam final yr. So...kawan2 jgn jelous tngok gambor kami terima anugerah ni....ha...ha....terutama CIKGU ABANG & CIKGU SHAARANI..., wat Cikgu Man jgn frust...
Cikgu Din post istimewa, lpas tu gi makan tambah berat balik...
Shamsol yg ceria selalu walaupn tewas.....
Kembara 7 Perhentian.
Jumaat, 6 November 2009
PERTANDINGAN MENURUNKAN BERAT BADAN?
Khamis, 5 November 2009
Hubungan ukhwah terjalin kembali.
Salam sejahtera. Buat Pudeen, Rashid, Rohaila, Rezal, Fani rakan di m3p Dis 93/96. Lama sudah terputus hubungan. Semoga pautan ini dapat menghubungkan lagi dengan rakan2 yang lain.
Rakan yang lain baik rakan sekolah, maktab atau dimana sahaja kita pernah bertemu, kiranya ada sebarang maklumat yang boleh dihubungi sila email pada saya :absina0@gmail.com.
Harap2 dapatlah ukhwah antara kita semua terjalin semula.
Salam............
Rabu, 4 November 2009
Penghubung rakan-rakan seperjuangan.
Salam sejahtera buat semua teman yang mengenali diri ini. Moga blog ini dapat menjadi satu wadah penghubung ikatan silaturrahim yang terputus sekian lama. Buat semua rakan seperjuangan walau dimana dapat kiranya menghantar khabar berita untuk dikongsikan bersama. Sebarang maklumat sila e-mail kan:absina0@gmail.com
Sekian terima kasih.
Sekian terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)



