Jumaat, 7 Mei 2010

SMKMS.......Kitalah JUARA.......walaupun.........

      Jagoan SMKMS

               Kejohanan Ragbi B18, yang berlangsung selama 2 hari telah membuktikan SMKMS adalah hebat.....TAHNIAH buat COACH  Cikgu Zulkhiri Adha, dan pemain2. Walaupun kita menjadi Naib Juara.....tapi pengiktirafan yang sebenarnya kita SMKMS adalah JUARA......ini buat latihan tanpa ada padang yang sesuai....kalau ada padang emmmmm...SMKMS JUARA sepanjang musim......Terbukti SMKMS amat2 memerlukan Padang sekolah yang sempurna.........."Mari Menderma Untuk Padangthon".
Hero2 SMKMS
Usaha Tumpu Jaya, Itulah Mudzaffar Shah,
Menabur budi dan jasa.................

Khamis, 11 Februari 2010

Dalam Kenangan

Tinggal kenangan....terasa amat pilu bila ketiadaan nya. Kehilangan nya amat terasa......
Ayahanda Hj. Achil b. Ali Hussin telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 15 Safar 1431 bersamaan
31-01-2010 (1935 - 2010). Segala jasa dan pengorbanan ayahanda tidak akan kami lupakan sehingga ke akhir hayat dan dikau sentiasa dalam ingatan dan doa kami sekeluarga........... AL-FATIHAH.

Jumaat, 13 November 2009

GEMPAK: Johan Pertandingan Kurangkan Berat Badan

     
Juara Tengah Ambik Hadiah
Fuhh......tak sangka usaha rakan2 yg cuba mempengaruhi aku untuk gagal dlm pertandingan ni berjaya aku atasi. Pelbagai cara dijalankan termasuk buat jamuan suka2 (makan free le tu.....) namun aku punya strategi tetap berjaya. Dgn banga nya aku menerima hadiah yg simple ni (ingat dpt Wish..ha..ha..) tapi ianya memberi seribu makna. Cikgu Din dapat gak hadiah, setelah dibuat timbangan semula disebabkan terlalu ramai yg mempunyai berat yg sama. Shamsol Kahar hg jgn sedih walaupn tewas, hg dah ringan sangat sbb tu tak leh menang. Tahniah juga buat rakan2 yg lain....teruskan maintain......

Bukan senang woo.... nak tahan godaan makan, hari kedua lepas timbang awal2 tu kawan2 dah goda dgn jamu pulut kuning sama kari ayam.....bah....semua hantam makan...ha..ha....lepas tu jamuan kelas pulak, jamuan suka2 tiap hari jumaat buat....hari ni x sbb masing2 sibok ngan exam final yr. So...kawan2 jgn jelous tngok gambor kami terima anugerah ni....ha...ha....terutama CIKGU ABANG & CIKGU SHAARANI..., wat Cikgu Man jgn frust...
Cikgu Din post istimewa, lpas tu gi makan tambah berat balik...






                                                                       
                                                                                                    Shamsol yg ceria selalu walaupn tewas.....

Kembara 7 Perhentian.


Kembara ini diadakan sempena sessi perjumpaan ahli KEBASE.....Perjumpaan tu dapat mengumpulkan seramai 8 ahli, yg lain masing2 ada hal....(termasuklah jaga anak...). Perjumpaan tu dimulakan dengan berkumpul di perkarangan masjid Ar-Rahmaniah, Bukit Putus..Selesai majlis permuafakatan dgn keputusan kayuhan akan bermula dari masjid Ar-Rahmaniah.....sampai ke destinasi yg belum tau.......Diketuai oleh Cikgu Badrol, Co,Pilot Cikgu Mie, Cikgu Jamaludin, Cikgu Mail, Cikgu Zainal, Cikgu Sahrol, Cikgu Khair & Aku......kayuhan bermula jam 8.30 pg. Perhentian2 yang disinggahi, bwh jejantas Tebok Panchor, Pekan Bukit Merah, SK Ckt. Lobak, Pekan KUbu Gajah..Selama, Pekan Pondok Tanjung, Titian Asmara, Kg. Selamat & Mesjid Ar-Rahmaniah. Kayuhan tamat jam 4.30 ptg. Lepas ni kayuh lagi.........

Jumaat, 6 November 2009

PERTANDINGAN MENURUNKAN BERAT BADAN?



Pertandingan diadakan bagi mengalakkan guru-guru menjaga kesihatan diri. Ni, kira kempen kesihatan le. Tempoh diberikan adalah selama 3 minggu untuk mengurangkan berat badan. Pelbagai usaha dibuat untuk mencapai objektif pertandingan. Tapi ada kumpulan yang cuba menggoda peserta2 pertandingan dengan menyediakan makanan percuma. Apa pun makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Semoga semua rakan yang menyertai pertandingan tu dapat menurunkan berat badan, walaupun tak terpilih sebagai pemenang.

Khamis, 5 November 2009

Hubungan ukhwah terjalin kembali.


Salam sejahtera. Buat Pudeen, Rashid, Rohaila, Rezal, Fani rakan di m3p Dis 93/96. Lama sudah terputus hubungan. Semoga pautan ini dapat menghubungkan lagi dengan rakan2 yang lain.

Rakan yang lain baik rakan sekolah, maktab atau dimana sahaja kita pernah bertemu, kiranya ada sebarang maklumat yang boleh dihubungi sila email pada saya :absina0@gmail.com.

Harap2 dapatlah ukhwah antara kita semua terjalin semula.

Salam............

Rabu, 4 November 2009

Penghubung rakan-rakan seperjuangan.

Salam sejahtera buat semua teman yang mengenali diri ini. Moga blog ini dapat menjadi satu wadah penghubung ikatan silaturrahim yang terputus sekian lama. Buat semua rakan seperjuangan walau dimana dapat kiranya menghantar khabar berita untuk dikongsikan bersama. Sebarang maklumat sila e-mail kan:absina0@gmail.com
Sekian terima kasih.